not bad n i'm just hepi when i see she laugh :~
dah tu jeee..bye
hashtaggarang
hashtagtegas
hashtagiamkatang ;)
Selasa, 13 Januari 2015
Ahad, 19 Oktober 2014
Hati..
Hati,,,
Anda dirimu jatuh
Carilah IMAN kerna
Yakin dia akan membantu dirimu
Tapi jangan kau sesekali mendekati NAFSU
Kerna itu yang menjadi binasa buatmu
Hati,,,
Andai engkau lemah
Usah gentar menghadapinya
Dekatkan dirimu pada YANG SATU
Kerna DIA mampu menguatkan dirimu
Hati,,,
Andai dirimu dirundung masalah
Lalui harimu dengan penuh tarbiyah
Anggaplah masalah satu ujian buat dirimu
Tanda kasih PENCIPTA pada hambaNya
Hati,,,
Andai engkau kecewa
Usah biarkan luka yang kecil
Terus bernanah dalam hidupmu
Ubatilah dengan alunan cinta
Dari DIA YANG MAHA MENCINTAI
Hati,,,
Andai engkau kecundang
Dengan mehnah kelalaian duniawi
Bangkitkan dirimu dengan
Seribu penyelesaian dari seorang teman
Hati,,,
Andai batinmu merana
Luahkan pada YANG MAHA MENDENGAR
Bukan disimpan sebagai kenangan
Kerna EGO akan menguasai seluruh
Kehidupan untuk selamanya
Hati,,,
Saat mata terpejam layu
Aku mungkin tak mampu
Mencoret tinta buat tatapanmu
Namun aku tinggalkan
CINTA, KASIH dan RINDU daripada YANG ESA
Buat peneman hidupmu saat DIA menjemputku
Categories
Puisi
Sabtu, 27 September 2014
jom berpuisi..
....بسم الله الرحمن الرحيم...
....السلام عليكم...
<3<3<3
Categories
Puisi
Khamis, 18 September 2014
all in one..
Ramai orang di luar sana ataupun dalam dunia maya yang ingin kelihatan cantik. Siapakah yang tidak mahu dirinya sendiri atau orang lain melihat akan penampilannya yang anggun dan cantik.
Tetapi, malangnya. Ramai yang ingin kelihatan cantik tetapi tidak tahu meletakkan identiti kecantikan dan perlindungan diri yang terdapat dalam ajaran Islam. Cantik hanyalah pada pandangan mata, tetapi nafsu lagi bergelora dalam jiwa.
Jadi artikel ini dicetak kembali yang berkisar pengalaman dari Ustazah Fatimah Syarha dalam majalah SOlusi.
Kesimpulannya, satu perkara sahaja nak bagitahu.
Allah itu mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan makhlukNya. Setiap perintah dan larangan dari Allah ada hikmah dan kelebihannya.
Malangnya, manusia ini sifatnya tergesa-gesa. Buta sebelum buta mata, bisu sebelum bisu mulutnya. Sanggup mambiarkan nafsu menguasai peribadi, relevan wahyu dan akal tolak mentah-mentah ke tepi.
Kembalilah kepada syariat agama. Tentu setiap manusia akan kenal hakikat dirinya dan betapa baiknya Allah SWT…
Categories
Renungan
Selasa, 16 September 2014
sahabat..
.. بسم الله الرحمن الرحيم ..
Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Categories
Renungan
Isnin, 15 September 2014
solehah itu..
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya..
Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang Iman para muslimin..
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah memujuk sayu..
TAPI, PADA PERJUANGANNYA MENINGKATKAN MARTABAT ILMUNYA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AMIN..
Categories
Renungan
Langgan:
Catatan (Atom)