Sabtu, 27 September 2014

jom berpuisi..

Dicatat oleh Unknown di 10:39 PG 0 ulasan
....بسم الله الرحمن الرحيم...
....السلام عليكم...
<3<3<3




Tabahlah duhai hatiKuatlah wahai imanTeguhlah wahai jiwaJalan dakwah punya duri merataNamun, terus melangkah tanpa curigaKerana pengorbanan itu dibalas redhaNYAMeski hati terluka dengan manusia

Tapi sedarlah ALLAH setia menemaniMeski hati pedih berdarah terlukaSifat mereka, ego mereka, kerenah merekaTiada jalan mudah mencapai kejayaan jalan dakwah punya duri merata

Namun, terus melangkah tanpa curigaKerana pengorbanan itu dibalas redhaNYAMeski hati terluka dengan manusiaTapi sedarlah ALLAH setia menemani Meski hati pedih berdarah terluka Sifat mereka, ego mereka, 

kerenah merekaTerlalu memenatkan hingga terasa lelahTahanlah air mata agar tidak tumpahPujuklah hati untuk terus tabahBalutlah hati yang terluka berdarahBiarlah dicela manusiaEgo mereka telah menutupi hati

Biarlah dihina dicerca manusiaNafsu mereka telah menguasai diriYa ALLAH..

Jangan biarkan diri ini lelahJangan hentikan langkah kami dalam berjuang di jalanMUJangan biarkan kami penat dengan dugaanMU Kerana kami ingin redhaMU membaluti kamiBiarkan 

cintaMU merajai hati kamiIzinkan rahmatMU mengiringi langkah kami menuju syurgaMUDakwah memang bukan mudahTerlalu memenatkan hingga terasa lelah




















Khamis, 18 September 2014

all in one..

Dicatat oleh Unknown di 10:39 PTG 0 ulasan



Ramai orang di luar sana ataupun dalam dunia maya yang ingin kelihatan cantik. Siapakah yang tidak mahu dirinya sendiri atau orang lain melihat akan penampilannya yang anggun dan cantik. 

Tetapi, malangnya. Ramai yang ingin kelihatan cantik tetapi tidak tahu meletakkan identiti kecantikan dan perlindungan diri yang terdapat dalam ajaran Islam. Cantik hanyalah pada pandangan mata, tetapi nafsu lagi bergelora dalam jiwa. 

Jadi artikel ini dicetak kembali yang berkisar pengalaman dari Ustazah Fatimah Syarha dalam majalah SOlusi. 

Kesimpulannya, satu perkara sahaja nak bagitahu. 

Allah itu mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan makhlukNya. Setiap perintah dan larangan dari Allah ada hikmah dan kelebihannya. 


Malangnya, manusia ini sifatnya tergesa-gesa. Buta sebelum buta mata, bisu sebelum bisu mulutnya. Sanggup mambiarkan nafsu menguasai peribadi, relevan wahyu dan akal tolak mentah-mentah ke tepi. 


Kembalilah kepada syariat agama. Tentu setiap manusia akan kenal hakikat dirinya dan betapa baiknya Allah SWT… 




Selasa, 16 September 2014

sahabat..

Dicatat oleh Unknown di 8:42 PG 0 ulasan
 .. بسم الله الرحمن الرحيم ..




Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Isnin, 15 September 2014

jom jadi baik..

Dicatat oleh Unknown di 10:18 PTG 0 ulasan
......السلام عليكم
......بسم الله الرحمن الرحيم





Everyone is a teacher...
insyaALLAHUTAALA..
doakan saya erkk..

step by step la kan...







------->





ingattt tau.....




solehah itu..

Dicatat oleh Unknown di 9:21 PTG 0 ulasan
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya..
 Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang Iman para muslimin..
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah memujuk sayu..
TAPI, PADA PERJUANGANNYA MENINGKATKAN MARTABAT ILMUNYA.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“YA ALLAH, jadikanlah aku wanita yang solehah yang baik di antara yang terbaik dan kurniakanlah aku PENDAMPING yang baik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-MU..”
AMIN..

iman..

Dicatat oleh Unknown di 12:39 PTG 0 ulasan

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?

Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? 

Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. 


Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.

Ahad, 14 September 2014

tutuplah aurat..jangan balut aurat..;)

Dicatat oleh Unknown di 11:17 PTG 0 ulasan
 .....بسم الله الرحمن الرحيم

Hijab adalah pelindung, bukan penghias.
Hijab sepatutnya melindung kita dari bahaya dunia, bukan mengajak dunia untuk melihat betapa 'kreatifnya' perhiasan kita.
Muhasabah.




Tudung pelindung. Helmet pun pelindung tetapi masih ramai yang eksiden mati memakai helmet. Setakat pakai helmet tapi tali tak ikat, helmet cap ayam, bawak pun laju. Konfem x selamat. Samalah dengan pakai tudung jika tak ikut syariat. 
~ustaz pahrol~





 

..hAyAtI_fAdiLa.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez